Program Merdeka Care 2018

22 September 2018 | Sabtu
7.30 pagi - 1.00 petang | Madrasah Nurul Ar-Dhain Hafiz Al-Quran, Johor

Tujuan:
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah membersihankan kawasan di sekeliling pagar dan longkang, mengecat dan membina tembok. Program ini melibatkan 200 orang sukarelawan yang terdiri dari Sukarelawan Darul Takzim, Kelab Rakan Muda Pagoh, Kelab Rakan Muda Muar dan pelajar- pelajar tahfiz sendiri.

Kelebihan:
• Mengeratkan hubungan silatulrahim dikalangan masyarakat setempat.
• Melahirkan semangat gotong royang di kalangan masyarakat setempat dalam melakukan amal jariah

Penglibatan:
- Para peserta program.

Nama VIP:
Dr. Mohd Ghani B. Mohd Yusof(Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia).

Perlaksanaan Aktiviti:
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Muar dan Sukarelawan Darul Takzim telah melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat sempena Program Merdeka Care 2018 di 3 buah pusat tahfiz di daerah Muar. Program yang akan berlangsung selama 3 minggu berturut-turut ini melibatkan 10 buah pusat tahfiz secara keseluruhannya. Pada minggu yang pertama ini, 3 buah pusat tahfiz menjadi destinasi untuk aktiviti kemasyarakatan ini iaitu Madrasah Nurul Ar-Dhain Hafiz Al-Quran, Madrasah Tahfiz Al-Quran Nasihun Amin dan Maahad Tahfiz Al-Quran Ummu Anisah.

Aktiviti Berkaitan:
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Antara program yang dilaksanakan ialah:

• membersihankan kawasan di sekeliling pagar dan longkang.
• mengecat dan membina tembok.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama