Mengenai NaDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NaDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NaDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NaDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NaDi



Sejarah

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar(Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS KEUSAHAWAN – TAKLIMAT TIKTOK AFFILIATE

Aktiviti Terkini| 20 Februari 2024

Memberi pendedahan kepada komuniti bahawa melalui TikTok Affiliate boleh menjana pendapatan pasif....................baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWAN – TAKLIMAT SHOPEE AFFILIATE

Aktiviti Terkini| 20 Februari 2024

Program diadakan untuk memberi pendedahan dan memupuk minat keusahawanan kepada pelajar serta komuniti setempat dalam perniagaan digital di samping menampah pendapatan sampingan....................baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWAN – BELAJAR MEMBUAT AISKRIM GOYANG

Aktiviti Terkini| 14 Februari 2024

Program diadakan untuk memberi pendedahan dan memupuk minat keusahawanan kepada pelajar mempelajari cara-cara membuat ais krim goyang daripada tenaga pengajar yang merupakan penjual ais krim goyang...................baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWAN – BELAJAR MENJUAL AISKRIM GOYANG

Aktiviti Terkini| 14 Februari 2024

Program diadakan untuk memberi pendedahan dan memupuk minat keusahawanan kepada pelajar mempelajari cara-cara membuat ais krim goyang daripada tenaga pengajar yang merupakan penjual ais krim goyang...................baca selanjutnya

KELAS ASAS KEUSAHAWANAN: MEMASAK DADIH

Aktiviti Terkini| 19 Januari 2024

Menjalankan kelas asas keusahawanan yang mengajar peserta untuk menghasilkan produk jualan mereka sendiri..................baca selanjutnya

HARI HIJAU (SOFT SKILLS: PLOGGING)

Aktiviti Terkini| 13 Januari 2024

Menjalankan aktiviti mengutip sampah di sekitar kawasan Kampung Parit Sakai Laut bersama komuniti setempat terutamanya kanak-kanak..................baca selanjutnya

E-LEARNING: TAYANGAN FILEM TEMPATAN (MALBATT: MISI BAKARA)

Aktiviti Terkini| 12 Januari 2024

Memupuk semangat cinta akan negara, Malaysia dan memberikan semangat keperwiraan kepada mereka..................baca selanjutnya

TAKLIMAT PADU@PEDI BERSAMA JABATAN PERANGKAAN DAERAH MUAR DAN KUMPULAN AMANAH IKHTIAR KAMPUNG PARIT SAKAI LAUT

Aktiviti Terkini| 9 Januari 2024

Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk mengisi maklumat dalam sistem PADU..................baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti