Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar(Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


VIDEO PROMOSI USAHAWAN: ROTI CANAI GERGASI LAMB SHANK MAGHRIBI, MUAR.

Aktiviti Terkini| 18 Disember 2022

Tujuan perkongsian video promosi ini dilakukan adalah untuk menguar-uarkan kepada pihak komuniti di bandar Muar akan lokasi kedai makan tersebut dan dapat mencuba sendiri makanan tersebut..........baca selanjutnya

DIGITAL ARTS 101: PICSART PHOTO GRID & TYPE

Aktiviti Terkini| 8 Disember 2022

Tujuan perkongsian video tutorial ini adalah untuk berkongsi ilmu berkenaan suntingan gambar dengan mudah dan menjimatkan masa. .........baca selanjutnya

SESI LATIHAN JUALAN PRODUK DI PLATFORM E-DAGANG BERSAMA USAHAWAN TEMPATAN

Aktiviti Terkini| 25 November 2022

Tujuan perkongsian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan tempatan yang celik dalam memasarkan produk mereka di platform atas talian. .........baca selanjutnya

VIDEO PROMOSI USAHAWAN : BUTIK TUDUNG HIJAB NABILAH JAMIL

Aktiviti Terkini| 16 November 2022

Tujuan video promosi ini adalah untuk memberikan penyebaran tentang jualan produk tempatan dengan baik dan melahirkan lebih ramai usahawan atas talian..........baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN : TELEGRAM TRICK

Aktiviti Terkini| 2 Oktober 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk membantu dan menasihati para pengguna untuk lebih berhati-hati .........baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK : KESELAMATAN SIBER

Aktiviti Terkini| 13 September 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk menyebarkan kepada semua pengguna jalur lebar untuk sentiasa berhati-hati dalam penggunaan internet atau dalam kata lain sentiasa Klik Dengan Bijak..........baca selanjutnya

WHATSAPP UNTUK PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini| 6 September 2022

Video Tutorial mengenai WhatsApp Untuk Perniagaan merupakan sebuah video pelajaran kepada mereka yang ingin mengetahui cara untuk memanfaatkan perggunaan WhatsApp for Business .........baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN : QNA BERKENAAN PEDi TG EMAS

Aktiviti Terkini| 8 Ogos 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk menjawab soalan-soalan yang sering diterima dan juga memberi maklumat yang sahih akan segala informasi yang diperlukan oleh orang awam akan sistem pengurusan serta perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi. ...............baca selanjutnya

VIDEO KESEDARAN : DEMAM INFLUENZA

Aktiviti Terkini| 20 Julai 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk menguar-uarkan kepada umum bahawa gejala demam influenza ini merupakan dema yang akan berulang dan terdapat vaksin yang boleh diambil di mana pusat kesihatan bagi menguatkan sistem imuniti badan agar tidak mudah menjangkiti wabak yang kian viral ini. ................baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: CARA UNTUK MEMBUAT STICKER WHATSAPP SENDIRI

Aktiviti Terkini| 18 Julai 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk berkongsi dengan pengguna ICT tentang cara membuat sticker menarik untuk aplikasi Whatsapp.................baca selanjutnya

PROGRAM TEMUDUGA BERSAMA PELAJAR ANJURAN CITY UNIVERSITY JB DAN ILMU EDUCATION

Aktiviti Terkini| 23 Jun 2022

Tujuan berlangsung program ini adalah untuk berkongsi tentang manfaat dari pakej yang disediakan oleh pihak Institusi Luar dan melahirkan pelajar yang celik IT dalam pengurusan atas talian serta advokasi KDB................baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: CARA ‘UNLOCK’ SCREEN JIKA BUTTON PHONE ROSAK (UNTUK IPHONE 5/6/7/8 SAHAJA).

Aktiviti Terkini| 20 Jun 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada umum tentang cara mudah untuk ‘unlock’ iPhone tanpa perlu ke kedai berhampiran, masalah dapat diselesaikan dengan mudah tanpa mengeluarkan wang................baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: SHORTCUT BACK TAP UNTUK SCREENSHOT BAGI PENGGUNA APPLE.

Aktiviti Terkini| 12 Jun 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada umum tentang cara mudah untuk melakukan screenshot dengan hanya ‘tab’ sebanyak 2 kali dibahagian belakang telefon pintar jenama iPhone. ...............baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: 5 FAKTA BERKAITAN DENGAN PENYAKIT CACAR MONYET.

Aktiviti Terkini| 23 Mei 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi pendedahan kepada umum berkenaan penyakit yang sedang tular di luar negara. Meskipun Malaysia tidak mempunyai rekod penyakit ini, akan tetapi tujuan video ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga...............baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: KESIHATAN MENTAL & CARA MENGATASINYA.

Aktiviti Terkini| 19 Mei 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan dengan kesihatan mental yang mempunyai beberapa punca yang menyebabkan kesihatan mental terganggu dan beberapa cara untuk mengatasinya seperti stress melampau...............baca selanjutnya

EXCEL 101: CARA MEMBINA JADUAL DAN PRINT PREVIEW (BAHAGIAN 2)

Aktiviti Terkini| 15 Mei 2022

Tujuan perkongsian video tutorial ini adalah untuk memberi pelajaran atau ilmu baru mengenai penggunaan digital dalam perisian Microsoft Excel dengan mudah, cermat dan menjimatkan masa. ..............baca selanjutnya

EXCEL 101: CARA MEMBINA JADUAL DAN PRINT PREVIEW (BAHAGIAN 1)

Aktiviti Terkini| 12 Mei 2022

Tujuan perkongsian video tutorial ini adalah untuk memberi pelajaran atau ilmu baru mengenai penggunaan digital dalam perisian Microsoft Excel dengan mudah, cermat dan menjimatkan masa. ..............baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: CARA MENUNTUT TUNTUTAN MYSALAM COVID19.

Aktiviti Terkini| 19 April 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memaklumkan kepada umum, sekiranya mereka adalah penerima apa-apa bantuan daripada kerajaan, mereka juga layak untuk memohon bantuan di MySalam sekiranya mereka merupakan bekas pesakit Covid-19 pada tahun 2022. .............baca selanjutnya

ZAKAT FITRAH: CARA PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini| 18 April 2022

Tujuan perkongsian video tutorial ini adalah untuk mengingatkan umat Islam untuk memenuhi tanggungjawab mereka membayar zakat fitrah secara online dengan mudah dan menjimatkan masa...............baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: DUA WEBSITE UNTUK PDF TOOL.

Aktiviti Terkini| 11 April 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi maklumat kepada audien tentang laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk menukarkan fail PDF kepada fail lain atau dari fail lain ke fail PDF secara percuma. . ..............baca selanjutnya

DIGITAL AWARENESS: CADANGAN FILEM / SIRI MENGENAI SCAMMER YANG BOLEH ANDA TONTON.

Aktiviti Terkini| 10 April 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk membantu dan menasihati para pengguna sosial media masa kini supaya berhati-hati apabila melakukan sebarang tindakan yang membolehkan jenayah siber berlaku. ..............baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: TUTORIAL NOTIFIKASI BERSUARA APABILA MENGECAS TELEFON BAGI PENGGUNA IPHONE.

Aktiviti Terkini| 27 Mac 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar bahawa notifikasi bersuara boleh diaktifkan di telefon apabila mula mengecas. ..............baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: TUTORIAL EDIT VIDEO REEL DI APLIKASI INSTAGRAM

Aktiviti Terkini| 24 Mac 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi pengetahuan atau ilmu dalam pengeditan video transisi yang cantik dan mengikut rentak lagu yang dipilih seperti video transisi yang viral pada masa kini. ............baca selanjutnya

VIDEO ADVOKASI: TIPS MENGGUNAKAN KOMPUTER/LAPTOP DENGAN SELAMAT

Aktiviti Terkini| 20 Mac 2022

Tujuan perkongsian video advokasi ini adalah untuk berkongsi tentang keselamatan penggunaan komputer supaya penjenayah siber seperti Hackers tidak mengganggu perisian sesebuah komputer atau laptop.............baca selanjutnya

VIDEO ADVOKASI: JADILAH PENGGUNA MEDIA SOSIAL YANG BAIK

Aktiviti Terkini| 7 Mac 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk membantu dan menasihati para pengguna sosial media masa kini untuk lebih gunakan sosial media kea rah kebaikan supaya mendapat manfaat yang baik dan elakkan jenayah siber............baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: SHORTCUT SHUTDOWN PC/LAPTOP

Aktiviti Terkini| 24 Februari 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada audien tentang kaedah mudah ............baca selanjutnya

TAYANGAN VIDEO: VOCAL REMOVER WEBSITE

Aktiviti Terkini| 21 Februari 2022

Berkongsi tentang laman web terbaik untuk sunting lagu yang menarik dan kreatif..............baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: CARA TUKAR MODE DI MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini| 10 Februari 2022

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk membantu para audiens sekiranya mereka mempunyai masalah dengan mode yang dipancarkan di Microsoft Word ............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA

Aktiviti Terkini| 8 Februari 2022

Memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang adat resam dan sejarah Sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia dan Seluruh Dunia..............baca selanjutnya

PROMOSI USAHAWAN: ROTI SARANG BURUNG MAK ANI

Aktiviti Terkini| 17 Januari 2022

Berkongsi tentang keunikan dan kesedapan produk daripada Mak Ani...............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Aktiviti Terkini| 5 Januari 2022

Memberikan pendedahan kepada individu yang layak memohon bantuan ini melalui terma dan syarat yang diberikan oleh kerajaan...............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti