Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar(Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


SIARAN LANSUNG FB: ‘MENCEGAH LEBIH BAIK’ BERSAMA PEMBANTU PEGAWAI AADK JOHOR BHARU

Aktiviti Terkini| 18 Disember 2021

Memberi pendedahan tentang kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap diri sendiri, masyarakat & negara. ............baca selanjutnya

SIARAN LANSUNG FB: SOALAN LAZIM PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI)

Aktiviti Terkini| 16 Disember 2021

Memberi penerangan untuk komuniti dan masyarakat tentang transformasi nama dari PIK ke PEDi. ..............baca selanjutnya

TAYANGAN VIDEO: FAEDAH MEMBELI-BELAH SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini| 12 Disember 2021

Berkongsi tentang kebaikan membeli-belah atas talian..............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: DIGITAL ARTS MENGGUNAKAN APLIKASI PICSART

Aktiviti Terkini| 11 Disember 2021

Memberikan tips dan idea yang kreatif kepada pengguna dalam membuat lukisan digital..............baca selanjutnya

SIARAN LANSUNG FB: ‘MENCEGAH LEBIH BAIK’ BERSAMA PEMBANTU PEGAWAI AADK JOHOR BHARU.

Aktiviti Terkini| 18 November 2021

Memberi gambaran jenis-jenis dadah yang terdapat di Malaysia dan negara-negara lain. .............baca selanjutnya

SIARAN LANSUNG FB: SOALAN LAZIM PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi)

Aktiviti Terkini| 16 November 2021

Memberi penerangan untuk komuniti dan masyarakat tentang transformasi nama dari PIK ke PEDi. .............baca selanjutnya

TAYANGAN VIDEO: FAEDAH MEMBELI-BELAH SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini| 12 November 2021

Berkongsi tentang kebaikan membeli-belah atas talian.............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: DIGITAL ARTS MENGGUNAKAN APLIKASI PICSART

Aktiviti Terkini| 11 November 2021

Memberikan tips dan idea yang kreatif kepada pengguna dalam membuat lukisan digital............baca selanjutnya

FB LIVE : SHORTCUT CTRL A – Z.

Aktiviti Terkini| 26 Oktober 2021

Memberi pendedahan dan tunjuk kepada komuniti tentang shortcut CTRL yang pastinya ramai diantara komuniti tidak mengetahui fungsi shortcut ini dan pendedahan terhadap mudahnya sekiranya menggunakan shortcut dalam pekerjaan harian terutama sekali pekerjaan yang menggunakan komputer. ..............baca selanjutnya

ONLINE THREATS 101

Aktiviti Terkini| 18 Oktober 2021

Memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara untuk menggunakan internet dengan baik dan bijak. ..............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG JENDELA: MENYIAPKAN MALAYSIA UNTUK PENGALAMAN INTERNET YANG LEBIH BAIK

Aktiviti Terkini| 10 Oktober 2021

Menjadikan pendidikan dan pembelajaran dari rumah lebih produktif dan berkualiti. ..............baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN : CARA DOWNLOAD INSTAGRAM STORY BERSERTA MUSIC/LAGU.

Aktiviti Terkini| 5 Oktober 2021

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk membantu komuniti yang tidak mengetahui cara memuat turun instastory dengan lagu yang disertakan didalam instastiry tersebut. Hal ini demikian kerana, kebiasaannya instastory yang disimpan di dalam telefon adalah instastory tanpa lagu. ..............baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL : CARA MEMBUAT SIJIL MENGGUNAKAN GOOGLE FORM

Aktiviti Terkini| 26 September 2021

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti dan masyarakat tentang membuat sijil dengan cara yang mudah dan secara atas talian. Maklumat untuk sijil juga mudah diperoleh kerana perlu diisi menggunakan Google Form, kemudian sijil akan diperoleh dalam masa yang singkat...............baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL : CARA DOWNLOAD TEMPLATE DARI CANVA KE POWERPOINT PRESENTATION.

Aktiviti Terkini| 21 September 2021

Tujuan perkongsian video ini adalah untuk mengajar dan menunjukkan cara yang betul memuat turun template yang boleh dimuat turun secara percuma dari Canva dan menjadikan penghasilan Power Point Presentation lebih menarik dengan penggunaan template yang menarik. ..............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: JOM MELANCONG DI MUAR SECARA DIGITAL

Aktiviti Terkini| 14 September 2021

Tujuan perkongsian ini supaya semua pengikut setia PIK Tg Emas serata Malaysia dapat mengetahui tempat-tempat tarikan di Muar supaya mereka dapat tahu dimana Kawasan yang hendak dituju setelah pusat pelancongan di Malaysia dibuka untuk semua...............baca selanjutnya

FUNGSI TERKINI APLIKASI MYSEJAHTERA (CHECK IN & CHECK OUT)

Aktiviti Terkini| 6 September 2021

Memberi pendedahan tentang template yang boleh digunapakai bagi tujuan penyediaan Power Point dan Google Slide..............baca selanjutnya

CARA MEMBUAT WHATSAPP LINK DAN QR QODE DENGAN MUDAH

Aktiviti Terkini| 22 Ogos 2021

Memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara untuk mencipta whatsapp link dan Qr Code tanpa mempamerkan nombor telefon..............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: APLIKASI EDUCANDY.COM UNTUK PDPR

Aktiviti Terkini| 16 Ogos 2021

Tujuan perkongsian “ICT Training” ini supaya penduduk setempat terutama pelajar dan guru-guru ..............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PANDUAN UNTUK MEMBUAT YOUTUBE CHANNEL

Aktiviti Terkini| 4 Ogos 2021

Tujuan perkongsian “ICT Training” ini supaya penduduk setempat dapat mengetahui fungsi laman ..............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PENGENALAN KEPADA MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini| 18 Julai 2021

Tujuan perkongsian ICT Training ini supaya penduduk setempat tidak kira pelajar, usahawan dan sebagainya supaya dapat mempelajari dan memahami sedikit sebanyak tentang cara pengenalan asas Microsoft Excel dengan cepat dan mudah..............baca selanjutnya

PROMOSI PRODUK USAHAWAN PIK MUAR JOHOR

Aktiviti Terkini| 11 Julai 2021

Tujuan perkongsian ini supaya penduduk setempat Muar Johor dapat mengetahui tentang kewujudan produk Usahawan IKS di Muar yang belum diketahui umum..............baca selanjutnya

PANDUAN UNTUK MENDAFTAR PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19 DI MYSEJAHTERA

Aktiviti Terkini| 5 Julai 2021

Tujuan perkongsian ICT Training ini supaya penduduk setempat dan rakyat Malaysia khususnya dapat memahami sedikit sebanyak tentang cara mendaftar diri untuk pengambilan vaksin di MySejahtera.............baca selanjutnya

PHOTO EDITING: CARA EDIT GAMBAR MENGGUNAKAN LIGHTROOM

Aktiviti Terkini| 3 Jun 2021

Tujuan perkongsian ICT Training ini supaya penduduk setempat tidak kira pelajar, usahawan dan sebagainya supaya dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang cara menyunting gambar menggunakan aplikasi Lightroom dengan cepat dan mudah...........baca selanjutnya

PHOTO EDITING: CARA EDIT GAMBAR MENGGUNAKAN LIGHTROOM

Aktiviti Terkini| 3 Jun 2021

Tujuan perkongsian ICT Training ini supaya penduduk setempat tidak kira pelajar, usahawan dan sebagainya supaya dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang cara menyunting gambar menggunakan aplikasi Lightroom dengan cepat dan mudah...........baca selanjutnya

LIVE FB KLIK DENGAN BIJAK: OVERSHARING & KEPENTINGAN PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19

Aktiviti Terkini| 27 Mei 2021

Tujuan perkongsian ini supaya rakyat Malaysia dapat memahami kepentingan penggunaan internet dengan bijak dan kepentingan mengambil Vaksin untuk melindungi diri dari virus Covid19..........baca selanjutnya

IFTAR RAMADAN BRIYANI DE MUAR 2021

Aktiviti Terkini| 1 Mei 2021

Tujuan program ini berlangsung adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk sekitar Muar.........baca selanjutnya

FB LIVE: ADVOKASI KDB (ANTI BULI SIBER)

Aktiviti Terkini| 20 April 2021

Tujuan aktiviti ini adalah untuk melahirkan komuniti yang bijak dalam penggunaan internet dengan baik dan bermanfaat. Selain itu, dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk hadir ke Pusat Internet Komuniti Tanjung Emas.........baca selanjutnya

KELAS DI FACEBOOK PAGE CARA MEMBUAT BUSINESS CARD MENGGUNAKAN ADOBE ILLUSTRATOR (PART 2)

Aktiviti Terkini| 6 April 2021

Tujuan program ini adalah untuk mempertingkatkan kecerdasan minda dan kreativiti pengikut facebook kami. Selain itu, perkongsian ini juga bertujuan untuk memperkenalkan software Adobe Illustrator........baca selanjutnya

KELAS DI FACEBOOK PAGE (CARA MEMBUAT BUSINESS CARD MENGGUNAKAN ADOBE ILLUSTRATOR)

Aktiviti Terkini |29 Mac 2021

Tujuan program ini adalah untuk mempertingkatkan kecerdasan minda dan kreativiti pengikut facebook kami. Selain itu, perkongsian ini juga bertujuan untuk memperkenalkan software Adobe Illustrator........baca selanjutnya

KELAS DI FACEBOOK PAGE (EKSKLUSIF TEMPLAT DENGAN POWERPOINT 365)

Aktiviti Terkini |10 Mac 2021

Tujuan program ini adalah untuk mempertingkatkan kecerdasan minda dan kreativiti pengikut facebook kami. Selain itu, perkongsian ini juga bertujuan untuk memperkenalkan software Microsoft PowerPoint 365........baca selanjutnya

BANTUAN PERALATAN PENINGKATAN PENDAPATAN

Aktiviti Terkini |27 Februari 2021

Penyerahan Program Peningkatan Pendapatan sumbangan Sahabat Sukarelawan Maharani.......baca selanjutnya

PROGRAM PEDULI RAKYAT DAN AKTIVITI AGEN BASMI COVID 19 (ABC-19) MUKIM BAKRI

Aktiviti Terkini |14 Februari 2021

Mengenalpasti golongan asnaf dan terjejas di daerah Bakri dan menyumbangkan tenaga dalam pembersihan rumah kawasan setempat yang terjejas......baca selanjutnya

PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN MUAR (MUAR CARE)

Aktiviti Terkini |30 Januari 2021

Mengenalpasti golongan asnaf dan terjejas di daerah muar dan menyumbang dari segi kewangan dan keperluan harian.....baca selanjutnya

FOODBANK PARLIMEN MUAR

Aktiviti Terkini |27 Januari 2021

Meringankan beban sejak wabak pandemik menular di seluruh negara (termasuklah Muar), ramai yang kehilangan perkejaan ,kebuluran dan lain.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti