Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar(Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Kursus Taklimat Keselamatan Kebakaran Dan Praktikal Penggunaan Alat Pemadam Api

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2018

Program pada bulan ini khusus untuk kakitangan Pusat Internet (Digi) sahaja iaitu Kursus taklimat keselamatan kebakaran dan praktikal penggunaan alat pemadam api yang akan di jalankan di Balai Bomba Rengit. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan... baca selanjutnya

Kelas Asas Meroti

Aktiviti Terkini | 7 Disember 2018

Berpeluang tambahkan pendapatan dan ekonomi keluarga dgn bisnes meroti. Tips2 memulakan perniagaan serta tips2 meningkatkan jualan dan pelanggan... baca selanjutnya

Karnival Jambatan Sultan Ismail

Aktiviti Terkini | 1 – 2 Disember 2018

Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang Karnival tersebut antaranya persembahan bot berhias, persembahan bunga api, kedatangan artis-artis di Muar untuk membuat persembahan... baca selanjutnya

Forum perdana & Kuliah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul

Aktiviti Terkini | 28 November 2018

Sambutan Maulidur Rasul bertemakan “ISLAM MEMIMPIN” itu merupakan program yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam dan masyarakat Islam sekarang dalam era globalisasi kemajuan berlandaskan agama... baca selanjutnya

Program World Clean Up Day

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2018

Menerapkan sifat cintakan alam sekitar dan memupuk semangat berkerjasama di antara pelbagai kaum ,agama dan bangsa bagi memastikan kebersihan bandar muar... baca selanjutnya

Program Merdeka Care 2018

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Muar dan Sukarelawan Darul Takzim telah melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat sempena Program Merdeka Care 2018 di... baca selanjutnya

Pertandingan Memanah Tradisional Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018

Aktiviti Terkini | 8 September 2018

Pertandingan ini dijalankan untuk mengcungkil bakat dikalangan masyarakat tanpa mengira had umur serta mengtengahkan permainan memanah di kawasan daerah Muar dan Tangkak... baca selanjutnya

Hari komuniti Kampung Parit Sakai

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2018

Hari komuniti ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan dikalangan staff dengan masyarakat setempat dengan aktiviti yang diajurkan oleh petugas Pusat Internet... baca selanjutnya

Iman Family Fun Day Zon Utara 2018

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2018

Merapatkan silatulrahim diantara para guru, staff Tadika Iman dan ibu bapa bagi zon utara serta dapat mengenali murid-murid daripada perlbagai Zon seperti Pontian,Keluang,Muar dan Batu Pahat... baca selanjutnya

World Al-quran

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2018

Hari ini seluruh dunia bergabung termasuklah Tadika IMAN selama 1 jam. Baca & berinteraksi dgn Al Quran sebagai sebuah permulaan ke arah kerangka fikir AL-Quran & akhlak muslim sejati serta pembentukan generasi yg membawa rahmah... baca selanjutnya

Kem Kenaikan Pangkat Tunas

Aktiviti Terkini | 11 - 12 Mei 2018

Dapat mengajar dan memberi pendedahan tentang displin.berdikari dan menjadi penguna yang bijak dalam penggunaan teknologi massa... baca selanjutnya

Program Oversharing (Klik Dengan Bijak) KDB

Aktiviti Terkini | 26 April 2018

Pengguna akan mengenalpasti platform media soisal yang digunakan seperti Instagram, Wechat, Facebook, dan lain-lain serta lamgkah yang boleh digunakan dalam menangani gejala ini... baca selanjutnya

Program Buli Siber(Klik Dengan Bijak) KDB

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2018

Peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia... baca selanjutnya

Aktiviti Jualan Sentuhan Rakyat

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2018

Membuat aktiviti menjual keperluan seperti barangan dapur(Ayam, Cili, Susu, Milo, Kopi, Sayur-sayuran dan bahan bahan keperluan lain dengan harga yang mampu milik)... baca selanjutnya

Program Kecergasan bersama APM Muar

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Melaksanakan pendedahan cara menyelamat mangsa dalam kebakaran, apa yang perlu di buat sekiranya berlaku kebakaran... baca selanjutnya

Karnival Sebenarnya Bersama MCMC

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Memberitahu orang awam, bahawasanya sekiranya menerima sesuatu berita, adalah lebih baik untuk tidak di kongsi di dalam media sosial bagi menggelakkan tersebarnya berita berita palsu... baca selanjutnya

Cardiopulmonary Resuscitation (Basic CPR)

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2018

Mendedahkan cara cara, bila, bagaimana dan sebgainya untuk melakukan CPR dengan sebetulnya agar dapat mengelak kecelakaan yang tidak diingini... baca selanjutnya