INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani merupakan sebuah bandar yang padat dengan kisah sejarah yang melakarkan perbagai peristiwa yang sewajarnya dapat memberikan kita keinsafan.

"Di sini bermula dan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka"

Muar pernah menjadi saksi permulaan keagungan bangsa, dan Muar juga menjadi saksi kejatuhannya.

Di bumi bertuah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira bangsa dalam mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun nyawa menjadi pertaruhannya. Itulah Muar yang tercinta...

Muar sebelum dikenali sebagai Bandar Maharani Muar dikatakan mempunyai beberapa nama lain, dan nama Muar itu sendiri dipercayai berasal dari perbagai sumber seperti:

SEJARAH NAMA MUAR

TELUK DALAM - Hikayat Malim Dewa-dewa Deman:
Muar dahulunya dikenali sebagai Teluk Dalam berdasarkan ayat di dalam Hikayat Malim Dewa-dewa Deman. Teluk Dalam ini mungkin berasal dari keadaan sungai Muar yang berkualakan satu muara atau teluk yang terbuka luas.

MUARA - Bahasa Melayu Sunda:
Nama Muar dikatakan ringkasan bagi MUARA di dalam bahasa Melayu Sunda yang bermaksud "kuala sungai yang membuka atau meneluk luas"

MUAK - Rupa bentuk Sungai:
Muar bermaksud satu rupabentuk bagi perkataan "muak" maksudnya jemu berkayuh dalam sungai yang begitu besar dan berbelit-belit.

MUAR atau MUNAR - Bahasa Hindu:
Muar ialah ringkasan daripada Bahasa Hindu "Munu" yang bermaksud Tiga dan "Ar" yang bermaksud "Sungai". Nama Muar berpunca dari nama sebuah negeri besar di Selatan India pada zaman purba yang dinamakan Muar atau Munar ('Negeri Tiga Sungai' kerana negeri ini terdiri daripada tiga batang sungai penting yang bercantum menjadi satu). Apabila orang-orang Hindu purba itu datang ke negeri ini untuk mencari emas, mereka menjumpai tiga batang sungai yang bercantum iaitu Sungai Muar, Sungai Serting dan Sungai Pahang seperti Sungai Muar atau Munar di negeri mereka. Lantas mereka menamakan sungai ini sebagai Muar bersempena nama Muar atau Munar di India.
Muar atau Bandar Maharani telah dicatatkan oleh beberapa penulis dan menjadi bahan sejarah terpenting masa kini.

328,695 orang (Kerajaan,swasta,glc,berniaga)

Rekreasi & Pelancongan

Tempat-tempat Menarik Berhampiran: Taman Tanjung Emas, Gunung Ledang, Bukit Kepong ( Tempat reakreasi & sejarah)

Pasaraya The Store , Giants Hypermarket , Astaka di Jalan Salleh, dan Freshco (dulu Plaza Hock Hai). Wetex Parade adalah antara gedung membeli-belah terbesar yang terdapat di Muar di samping sebuah lagi pasaraya besar yang baru dibuka pada Oktober 2006 iaitu Econsave, di Jalan Haji Jaib.

Pasaraya The Store , Giants Hypermarket , Astaka di Jalan Salleh, dan Freshco (dulu Plaza Hock Hai). Wetex Parade adalah antara gedung membeli-belah terbesar yang terdapat di Muar di samping sebuah lagi pasaraya besar yang baru dibuka pada Oktober 2006 iaitu Econsave, di Jalan Haji Jaib.

Kedai Makan Menarik Berhampiran : Mee Bandung Muar,Asam Pedas Parit Jawa,Satay Maharani, Kopi 434, Sabak Awor.

Homestay/Hotel/Resort Berhampiran: Tg Emas Villa, Hotel Cabin

Kemudahan Awam

-Tiada Maklumat-

Pendidikan

-Tiada Maklumat-

Kisah Kejayaan

-Tiada Maklumat-

Keusahawanan

Produk Tempatan : kilang perabot ,kilang ubat-ubat tradisional PETANI, serta membuat makanan tradisional, Industri sarang burung walit