Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar(Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM BACK TO SCHOOL

Aktiviti Terkini |28 Disember 2019

Bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi terutama keluarga yang memerlukan... baca selanjutnya

“PLOGGING”

Aktiviti Terkini |22 Disember 2019

Menunjukkan semangat cintakan kebersihan... baca selanjutnya

PESTA SUKAN MUAR 2019

Aktiviti Terkini |23 November 2019

Menyediakan dan menghasilkan belia-belia dan atlit-atlit yang bertanggungjawab kepada agama, Raja, Bangsa dan Negara. .... baca selanjutnya

FORUM PERDANA & KULIAH PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Aktiviti Terkini |10 November 2019

Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.... baca selanjutnya

MALAYSIA ICT VOLUNTER ASO MY FREEVIEW

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2019

Menyampaikan fungsi sebenar Myfreeview kepada Komuniti setempat melalui medium Pusat Internet sebagai penghantaraan maklumat..... baca selanjutnya

OPEN DAY TANJUNG EMAS

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2019

Menyampaikan fungsi sebenar Pusat Internet kepada Komuniti setempat berkaitan kemudahan yang disediakan.... baca selanjutnya

MY SWEET HOME LITTLE LIBRARY

Aktiviti Terkini |25 September 2019

Dengan adanya program ini,dapat memyemai rasa cita anak-anak dalam aktiviti membaca dan sekali gus dapat menambahkan pengetahuan dan dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah..... baca selanjutnya

KARNIVAL KELUARGA SEJAHTERA (KKS)

Aktiviti Terkini |21 September 2019

Bertujuan menyebarkan ilmu, memberi pendedahan kepada kanak-kanak kepada aktiviti menarik dan berfaedah serta menjadi platform kepada masyarakat untuk merapatkan silaturahim.... baca selanjutnya

SAYANGI MALAYSIAKU: ‘MALAYSIA BERSIH.’

Aktiviti Terkini |30 Ogos 2019

Pemilihan tema itu menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cintakan negara dan menonjolkan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia...baca selanjutnya

FESTIVAL RODA & GINCU

Aktiviti Terkini |1 - 4 Ogos 2019

Mempromosikan usahawan product PKS...baca selanjutnya

PROGRAM BULI SIBER (KLIK DENGAN BIJAK) KDB

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2019

Peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia...baca selanjutnya

IMAN FAMILY FUN DAY 2019

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2019

Penglibatan anak-anak berumur 4,5,dan 6 tahun.Kanak dan ibu bapa akan menyertai aktiviti bersama-sama dengan aktiviti yang dijalankan oleh staf Tadika Iman...baca selanjutnya

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Sambutan ini dijalankan untuk meraikan kedatangan bulan syawal. Didalam majlis ini menerapkan nilai-nilai akhlak kerohaniah dan mengeratkan hubungan silatulrahim antara semua lapisan masyarakat.... baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI TADIKA IMAN MUAR

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Peserta diberi pengetahuan tentang KDB dan keselamatan penggunaan internet dan penyalahgunaan internet serta asas media sosial yang ada.... baca selanjutnya

Majlis Tadarus & Khatam Al Quran Peringkat Daerah Muar

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2019

Bertujuan untuk menanam tanggungjawab serta rasa cinta terhadap kitab suci Alquran... baca selanjutnya

"Program Masih Ada Yang Sayang"

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2019

Anak-anak telah mengedarkan barangan keperluan harian serta sedikit duit raya kepada fakir miskin di lokaliti di Muar yang berhampiran dengan tadika... baca selanjutnya

Karnival Jambatan Sultan Ismail

Aktiviti Terkini | 19 April 2019

Pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan Melukis & Mewarna, Pertandingan PowerBoat F3000, Pertandingan Kayak, Karnival Jualan, Konsert Persembahan Artis Tempatan, Pertandingan Kaligrafi Khat, Bengkel Cross Culture & Terrarium, Cabutan Bertuah dan banyak lagi... baca selanjutnya

Program (Klik Dengan Bijak) KDB

Aktiviti Terkini | 9 April 2019

Peserta diberi pengetahuan tentang KDB dan keselamatan penggunaan internet dan penyalahgunaan internet serta asas media social yang ada... baca selanjutnya

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Muar kali ke-4

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2019

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor Tahun 2019 bagi murid-murid bermasalah pendengaran dan pembelajaran kali ini adalah kali ke-4. Pada tahun ini, kutipan pingat untuk juara keseluruhan kejohanan ini akan melibatkan murid-murid Sindrom Down... baca selanjutnya

Kempen Derma Darah

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2019

Program derma darah ini dianjurkan oleh Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor bekerjasama dengan Politeknik Tun Syed Nasir Pagoh diadakan pada 5 Mac 2019... baca selanjutnya

Program Bicara Santai Ilmu

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Program Bicara Santai Ilmu ini diadakan di Lebuh Maharani Muar, dan dijangkakan seramai 1000 orang akan hadir ke program ini untuk memeriahkan lagi program tersebut. Program ini juga telah... baca selanjutnya

Festival Belia Bando Muo

Aktiviti Terkini | 1 Februari 2019

Festival Belia Bando Muo diadakan dengan bertujuan memberi pendedahan kepada E-Digtal tentang permainan alam maya yang boleh diceburi oleh warga muda zaman sekarang... baca selanjutnya

Mari Bersenam Untuk Diri

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan penjagaan kesihatan amat penting. Dewasa kini, ramai yang mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Oleh yang demikian... baca selanjutnya