Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Muar kali ke-4

16 Mac 2019 | Sabtu
7.30 pagi – 12.30 tengahari | Stadium Muar, Johor

Tujuan:
Untuk memupuk semangat kesukanan dan menyerlahkan bakat murid istimewa dalam acara balapan dan padang di peringkat negeri Johor.

Kelebihan:
• Mencungkil bakat baru dalam sukan olahraga(balapan dan padang).
• Memilih atlet-atlet balapan dan padang daripada kategori Bermasalah Pendengaran dan Pembelajaran untuk mewakili ke peringkat Kebangsaan.
• Mendedahkan kepada masyarakat setempat bahawa murid-murid khas juga boleh bersukan walaupun dengan kekurangan yang mereka hadapi.
• Melatih kepimpinan dalam kalangan guru dalam mengelolakan dan mengendali kejohanan seperti ini.
• Memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas.
• Menyahut seruan kerajaan dalam menanam minat bersukan dalam kalangan murid-murid Berkeperluan Khas.

Penglibatan:
Para Peserta.

Nama VIP:
Puan Afiqah(Pegawai Khas Ahli Parlimen Muar).

Perlaksanaan Aktiviti:
Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor Tahun 2019 bagi murid-murid bermasalah pendengaran dan pembelajaran kali ini adalah kali ke-4. Pada tahun ini, kutipan pingat untuk juara keseluruhan kejohanan ini akan melibatkan murid-murid Sindrom Down.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama