Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar(Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


KELAS ICT MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 01 Disember 2016

Kelas ICT ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat untuk mempelajari Microsoft Word untuk memudahkan mereka membuat kerja-kerja seharian terutama kepada pelajar untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka...baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Terbuka Deepavali Parlimen Muar

Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2016

Majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat dan mempromosikan kemudahan yang ada di PI1M Tanjung Emas serta mengeratkan silaturahim antara semua kaum...baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Raya Haji/ Korban Penduduk Kg Parit Perupok Muar

Aktiviti Terkini | 12 September 2016

Membuat persiapan dan penyediaan tempat untuk majlis kenduri dan penyembelihan lembu, gotong royong, memeotong daging, pembersihan tempat dan memasak untuk kenduri seterusnya mengikuti pembahagian tugas yang telah diberikan oleh ketua kampong Pt Perupok kepada Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M....baca selanjutnya

Majlis Sambutan Kesyukuran Aidilfitri UMNO Bahagian Muar

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2016

Majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat dan selain itu, mempromosikan kemudahan yang ada di PI1M Tanjung Emas...baca selanjutnya

Program membuat Bubur lambuk Bersama UMNO Bahagian Muar

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016

Memasak bubur lambuk dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada masyarakat. Dimulakan dengan persiapan bahan pada waktu pagi kemudian mula memasak jam 12 tengah hari. Selesai memasak, penyediaan pembungkusan dan seterusnya diedarkan pada jam 4.00 petang...baca selanjutnya

Program Pemeriksaan Gigi Kanak-kanak Oleh Kementerian Kesihatan & Aktiviti Keceriaan Kelas Dan Alat Bantu Mengajar

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2016

Aktiviti utama dijalankan dengan menceriakan kanak-kanak sebelum menyertai mereka dalam panduan penjagaan gigi. Seterusnya menyiapkan kanak-kanak untuk aktiviti petang iaitu membuat keceriaan taska dan alat bantu mengajar...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Tanjung Emas ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Emas seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya