Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar(Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


SESI PENERANGAN DIGI HERO PLAN BERSAMA STAF PIK JOHOR

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2020

Dalam sesi ini staf PIK Johor berkomunikasi dengan staff digi dalam menerangkan Plan Hero kebaikan dan kelebihan melanggannya.Pakej yang ditawarkan dan cara untuk mendaftar apabila pengguna ada ingin memilikinya....baca selanjutnya

KELAS PHOTOSCAPE

Aktiviti Terkini | 20 November 2020

Mempelajari aplikasi mudah,senang dan interaktif menggunakan aplikasi ini dengan memasukan gambar,mengedit tulisan dan emoji...baca selanjutnya

ANIMAKER

Aktiviti Terkini | 15 November 2020

Web Tool ini menyediakan element untuk membuat video animasi secara profesional. Penggunaannya cukup mudah, cukup drag dan lepaskan elemen seperti icon-icon yang tersedia. Pengguna juga dapat mengedit video, menambahkan efek pop up, animasi....baca selanjutnya

ADVOKASI: “KLIK DENGAN BIJAK”

Aktiviti Terkini | 14 November 2020

Memberi kesedaran kepada pengguna internet tentang klik dengan bijak dalam laman sosial....baca selanjutnya

KELAS MICROBIT

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2020

Memperkenalkan apa itu mikrobit dan kegunaanya dalam seharian dan Makecode yang digunakan untuk membuat asas pengaturcaraan menggunakan kemahiran dan pengetahuna yang di pelajari dan dimiliki....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI BERSAMA MIV KOMUNITI 2020

Aktiviti Terkini | 19 oktober 2020

Dapat mengetahui jika ada masalah yang di hadapi oleh MIV dalam melaksankan program ini dan isu-isu yang berbangkit jika ada dan dapat berbincang secara live dan menyelesaikannya bersama ....baca selanjutnya

MALAYSIA PRIHATIN

Aktiviti Terkini | 17 September 2020

Dengan aktiviti teknik capan menggunakan putik kapas anak-anak dapat mengenali Negara Malaysia tercinta...baca selanjutnya

MIV BERSAMA KOMUNITI 2020

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Modul “Klik Dengan Bijak”...baca selanjutnya

KAUNTER BERGERAK SPR DAN BANTUAN IBU TUNGGAL

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2020

Inisiatif penambahbaikan dilakukan suruhanjaya berkenaan supaya pengundi mengetahui saluran dan tempat pusat mengundi bagi melancarkan proses pengundian dan pada yang sama bantuan pada golongan ibu tunggal dapat disalurkan dengan saluran yang betul....baca selanjutnya

FIRE PREVENTION AWARENESS PROGRAM

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Mengajar dan memberitahu kepada staff jika kebakaran berlaku dan tindakan apa yang perlu di lakukan bagi mengelakan kebakaran lebih memudaratkan....baca selanjutnya

PENGOPERASIAN PREMIS TADIKA IMAN SELEPAS COVID-19

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2020

Memberitahu norma-norma baru yang diperkenalkan untuk anak-anak serta ibu bapa semasa sesi persekolahan di jalankan....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

SAMBUTAN MAULIDURASUL TABIKA PERPADUAN PERINGKAT DAERAH MUAR/TANGKAK

Aktiviti Terkini |8 Februari 2020

Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW....baca selanjutnya

KARNIVAL UKHUWAH 2020

Aktiviti Terkini |24,25 & 26 Januari 2020

Program ini bertujuan untuk membuka peluang kepada usahwan-usahawan yang ingin berniaga....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti