SIARAN LANSUNG FB: ‘MENCEGAH LEBIH BAIK’ BERSAMA PEMBANTU PEGAWAI AADK JOHOR BHARU.

Aktiviti terkini | 18 November 2021

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tanjung Emas

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan berkenaan tentang penyalahgunaan dadah dan menerangkan sedikit sebanyak tentang jenis-jenis dadah serta kesan penyalah gunaan dadah terhadap diri sendiri dan undang-undang di Malaysia.


Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap diri sendiri, masyarakat & negara.
• Memberi gambaran jenis-jenis dadah yang terdapat di Malaysia dan negara-negara lain.
• Menggalakkan masyarakat agar tidak terlibat dalam kancah dadah.
• Menyedarkan masyarakat bahawa tidak perlu ada stigma negatif terhadap bekas penagih dadah dan menggalakkan masyarakat menjadi lebih perihatin untuk sama-sama membantu mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini dianjurkan oleh PEDi Gelang Patah dan terdapat beberapa PEDi sekitar kawasan Johor turut serta dalam program Mencegah Lebih Baik dari AADK.


Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat lebih peka mengenai jenis-jenis dadah.
• Menyedarkan golongan ibu-bapa untuk mengawasi anak-anak muda daripada terjebak dalam kancah dadah.
• Menggalakkan masyarakat untuk sama-sama membantu bekas penagih dadah untuk berubah dan menjalani kehidupan yang lebih baik.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :