Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar(Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


MAJLIS PENUTUPAN MINI KEM CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini| 21 November 2023

Mini Kem Cuti Sekolah bersama kanak-kanak disekitar Muar dan Pagoh.................baca selanjutnya

MINI KELAS ASAS : FOTOGRAFI TELEFON PINTAR

Aktiviti Terkini| 18 Disember 2023

Mini Kem Cuti Sekolah bersama kanak-kanak disekitar Muar dan Pagoh..................baca selanjutnya

MINI KELAS ASAS : PENULISAN BAHASA MELAYU

Aktiviti Terkini| 17 Disember 2023

Mini Kem Cuti Sekolah bersama kanak-kanak disekitar Muar dan Pagoh..................baca selanjutnya

MINI KEM CUTI SEKOLAH : TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Aktiviti Terkini| 17 - 19 Disember 2023

Mini Kem Cuti Sekolah bersama kanak-kanak disekitar Muar dan Pagoh..................baca selanjutnya

BIMBINGAN USAHAWAN (ASAS TIKTOK SHOP)

Aktiviti Terkini| 21 November 2023

Menyebarkan pengetahuan mengenai Tiktok Shop kepada usahawan baru Muar.................baca selanjutnya

BIMBINGAN USAHAWAN (ASAS MARKETING)

Aktiviti Terkini| 19 November 2023

Menyebarkan pengetahuan mengenai pemasaran kepada usahawan baru Muar..................baca selanjutnya

PERTANDINGAN SUKANEKA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini| 18 November 2023

Memeriahkan sambutan hari kanak-kanak di sekitar Muar..................baca selanjutnya

KELAS ASAS MICROSOFT : PENULISAN SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI

Aktiviti Terkini| 15 Oktober 2023

Program dijalankan secara bersemuka terbuka kepada semua lapisan masyarakat..............baca selanjutnya

BIMBINGAN USAHAWAN

Aktiviti Terkini| 10 Oktober 2023

Program dijalankan secara bersemuka terbuka kepada usahawan.................baca selanjutnya

BIMBINGAN USAHAWAN

Aktiviti Terkini| 9 Oktober 2023

Menyebarkan pengetahuan mengenai dunia penulisan mengikut format yang betul dan terbaru..................baca selanjutnya

KELAS CANVA ADVANCE : VIDEO EDITING

Aktiviti Terkini| 1 Oktober 2023

Menyebarkan pengetahuan mengenai dunia digital..................baca selanjutnya

KELAS CANVA ADVANCE : GIF EDITING

Aktiviti Terkini| 24 September 2023

Program dijalankan secara bersemuka terbuka kepada semua lapisan masyarakat..............baca selanjutnya

HEBAHAN JAWATAN KOSONG PENOLONG PENGURUS

Aktiviti Terkini| 18 September 2023

Mendapatkan kakitangan baharu.................baca selanjutnya

TIPS KOMUNIKASI

Aktiviti Terkini| 12 September 2023

Meningkatkan pengalaman pelanggan dan efisensi operasi..................baca selanjutnya

HEBAHAN MERDEKA @ KOMUNITI

Aktiviti Terkini| 21 Ogos 2023

Menyemarakkan semangat merdeka dalam diri setiap masyarakat dan komuniti di Muar..................baca selanjutnya

HEBAHAN MERDEKA @ KOMUNITI

Aktiviti Terkini| 13 Ogos 2023

Menyemarakkan semangat merdeka dalam diri setiap masyarakat dan komuniti di Muar..............baca selanjutnya

POSTER KESEDARAN GUNA MEDIA SOSIAL SECARA POSITIF

Aktiviti Terkini| 1 Ogos 2023

Memberi kesedaran kepada komuniti mengenai isu yang boleh dibincangkan dan yang perlu dielakkan.................baca selanjutnya

HEBAHAN PLATFORM PERUNCITAN DAN ARTIFICIAL INTELLIGENT

Aktiviti Terkini| 1 Ogos 2023

Meningkatkan pengalaman pelanggan dan efisensi operasi..................baca selanjutnya

BENGKEL PENGISIAN PEMASARAN : TIKTOK SHOP (PENDAFTARAN AKAUN DAN ASAS APLIKASI)

Aktiviti Terkini| 24 Julai 2023

Untuk membantu lebih ramai usahawan kecil dan sederhana di Kawasan Muar dalam mengembangkan perniagaan mereka..............baca selanjutnya

BIMBINGAN WHATSAPP BIZ SECARA PERSENDIRIAN

Aktiviti Terkini| 17 Julai 2023

Untuk membantu lebih ramai usahawan kecil dan sederhana di Kawasan Muar dalam mengembangkan perniagaan mereka..................baca selanjutnya

BENGKEL PENGISIAN PEMASARAN : WHATSAPP BIZ (PENDAFTARAN AKAUN DAN ASAS APLIKASI)

Aktiviti Terkini| 16 Julai 2023

Untuk membantu lebih ramai usahawan kecil dan sederhana di Kawasan Muar dalam mengembangkan perniagaan mereka..............baca selanjutnya

PERKHIDMATAN BIMBINGAN BAGI LEPASAN SPM UNTUK URUSAN UPU

Aktiviti Terkini| 11 Julai 2023

Untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan perkhidmatan komputer dan internet.................baca selanjutnya

PROMOSI: PENYEWAAN BILIK LATIHAN PEDI TANJUNG EMAS

Aktiviti Terkini| 9 Julai 2023

Untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan tempat khas untuk adakan perbincangan sesuatu program..................baca selanjutnya

EXCEL 101: CARA MEMBINA JADUAL DAN PRINT PREVIEW (BAHAGIAN 2)

Aktiviti Terkini| 15 Jun 2023

Tujuan perkongsian video tutorial ini adalah untuk memberi pelajaran atau ilmu baru mengenai penggunaan digital dalam perisian Microsoft Excel dengan mudah, cermat dan menjimatkan masa.................baca selanjutnya

EXCEL 101: CARA MEMBINA JADUAL DAN PRINT PREVIEW (BAHAGIAN 1)

Aktiviti Terkini| 12 Jun 2023

Tujuan perkongsian video tutorial ini adalah untuk memberi pelajaran atau ilmu baru mengenai penggunaan digital dalam perisian Microsoft Excel dengan mudah, cermat dan menjimatkan masa.............baca selanjutnya

KELAS ASAS BERNIAGA DI PLATFORM SHOPEE PEDI TG EMAS

Aktiviti Terkini| 28 Mei 2023

Untuk membantu lebih ramai usahawan kecil dan sederhana di Kawasan Muar dalam mengembangkan perniagaan mereka................baca selanjutnya

KURSUS PEMASARAN DIGITAL ANJURAN MDEC

Aktiviti Terkini| 8-10 Mei 2023

Memantapkan ilmu pemasaran digital kepada petugas PEDi Tanjung Emas dalam membantu mengembangkan perniagaan usahawan setempat dalam digitalisasi. .............baca selanjutnya

PERBAHARUI PASSPORT ANDA BERSAMA PEDI TG EMAS

Aktiviti Terkini| 14 April 2023

Memudahkan urusan penduduk setempat yang tidak mempunyai masa dalam urusan perbaharuan passport mereka...............baca selanjutnya

KELAS ASAS MICROSOFT OFFICE PEDI TG EMAS

Aktiviti Terkini| 3 April 2023

Untuk membantu lebih ramai pelajar atau fresh graduate serta mereka yang sedang mencari kerja dalam bidang pentadbiran. .............baca selanjutnya

PROMOSI: PAKEJ RESUME PEDi TG EMAS KEPADA KOMUNITI SETEMPAT

Aktiviti Terkini| 21 Mac 2023

Untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan pembuatan resume yang bagus untuk kerjaya mereka..............baca selanjutnya

PROMOSI: PEMBELAJARAN MICROSOFT OFFICE DI PEDi TG EMAS

Aktiviti Terkini| 6 Mac 2023

Mengadakan pembelajaran secara langsung yang dikendalikan oleh Petugas IT Tg Emas.............baca selanjutnya

PROMOSI: PENYEWAAN BILIK LATIHAN PEDi TANJUNG EMAS

Aktiviti Terkini| 22 Februari 2023

Untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan tempat khas untuk adakan perbincangan sesuatu program............baca selanjutnya

SELAMATKAN BUMI, KITAR SEMULA PERANTI ANDA

Aktiviti Terkini| 8 Januari 2023

Mewujudkan perasaan prihatin antara kita dalam memulihara alam sekitar dengan megitar semula peranti lama dengan cara selamat...........baca selanjutnya

DAFTAR SSM PERNIAGAAN ANDA BERSAMA PEDi TG EMAS

Aktiviti Terkini| 4 Januari 2023

Untuk membantu lebih ramai peniaga yang belum mendaftarkan perniagaan mereka ke SSM dengan kadar segera...........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti